Pernah kah kau merasa kegembiraan?
Rasa sebenar-benar kegembiraan yang ada didunia ini. Aku sedang mencari
perasaan tersebut. Aku tidak faham apa maksud kegembiraan yang sepatutnya ada
pada seseorang tersebut. Aku mahu gembira. Tetapi kegembiraan aku hanya
seketika sahaja.
Aku juga mahu tahu apa itu makna
persahabatan. Adakah sahabat perlu ada bersama kita setiap masa? Ataupun sahabat
adalah seseorang yang hanya ada untuk menemani kita dikala susah dan senang.
Namun begitu, aku sendiri mungkin sudah salah menggunakan persahabatan ku. Aku merasa
aku tidak pantas dijadikan sahabat. Kerana aku bukan la orang yang setia pada
sahabat. Aku Cuma ada jika mereka memerlukan aku. Tetapi tidak setiap masa aku
ada untuk mereka. Aku hanya seorang insane yang mementingkan diri sendiri.
Bagaimana pula dengan cinta? Apakah
makna sebenar-benar cinta? Adakah cinta sifat member atau menerima? Adakah sifat
cinta juga menerima segala kekurangan yang ada pada seseorang insan tersebut? Adakah
cinta juga sifat yang kita perlu member kesemua masa yang kita ada untuk
seseorang itu?
Bagiku, kegembiraan ku Cuma ada
jika aku betul-betul menghargai seorang insan yg ku saying dengan sepenuh jiwa.
Kegembiraan ku juga ada jika aku betul-betul berharga bagi mereka. Kegembiraan
aku juga aka nada jika aku betul-beul berguna buat insan yang ku sayang.
Aku bukan la seorang teman yang
setia berada disamping mu setiap masa. Aku juga mempunyai kelemahan dan juga
kekurangan. Maafkan aku jika aku tidak dapat menjadi teman yang baik buatmu. Aku
sedar bahawa aku hanya boleh menjadi setia kepada seorang teman sahaja. Maafkan
aku jika aku melukai hatimu. Tetapi tidak setiap masa kita dapat menjaga hati
teman kita. Aku tidak dapat menjadi teman sejatimu kerana aku sendiri tidak
setia padamu. Andai aku benar-benar setia. Hargailah perasaanku. Niatku hanya
ingin menolong, dan menolongku jika aku didalam kesusahan. Aku tidak mahu
persahabatan kita terlalu erat sehinggakan kesilapan kecilku sudah menjadi
masalah besar bagi kita.
Cinta, aku tahu cinta wujud
disetiap hati makhluk. Tetapi aku insan yang baru belajar dan baru mengenal apa
erti cinta. Memang pada setiap manusia, jika sekali kita merasa nikmat cinta. Kita
tidak akan melepaskan cinta itu. Maafkan aku jika aku tidak sempurna bagimu. Aku
cuba menerima kelemahanmu. Maafkan aku jika kerana cinta aku melupakan
persahabatanku. Aku masih baru dalam dan masih kurang arif dalam mengendalikan
kehidupanku. Aku hanya mahukan kehidupan yang biasa. Walaupun aku tahu, setiap
manusia mempunyai cerita kehidupan sendiri. Tetapi aku masih belum dapat
menjadi watak yang baik.
Jika aku ada salah, maafkan aku. Aku
mempunyai terlalu banyak kelemahan dalam diriku ini. Aku hanya insan yang
bergelar manusia biasa. Aku tidak dapat memberi kesenangan dalam hatimu seperti
yang engkau harapkan. Maafkan aku.