Newest Post


Salam sayang to my readers, termasuk yang singgah mesra dekat blog Nina ni.
Maafkan Nina sebab dah lama tak layan blog ni kan? Bukannye ape, tapi sebabkan Nina busy sangat dengan assignment. (>.<") Kene buat game la, buat animation la. Penat!! Bukan tu je, dengan midterm yang 2 kali... haish... Tapi nasib baik game Nina okay (>.<6) Animation je cacat skit... ape taknye, kerje last minit hehe... Also OOP pun, esok ni Nina kene buat projek OOP plak, walaupun cuti tapi ade jugak kerje... 12 September plak dah start final exam tapi kawan plak pinjam buku untuk subjek tarikh 12 ni... (T^T). macam mane nak study? entah la... cube dapat kan jugak la cara nak dapat buku Nina balik.
And banyak jugak perkara yang terjadi dekat Nina, seperti biasa. Kalau bukan soal keluarga, mesti ade kaitan dengan persahabatan dengan percintaan. Ingat lagi post yang Nina tulis bulan ogos hari tu? (>.^) sebenarnye itu la salah satu bende yang terjadi dekat Nina. Mesti korang semua cakap, "alaa, pasal laki pun nak sedih ke?" Memang, sebab satu-satu nye bende yang nak bagi impak paling besar dalam hidup Nina ialah "lelaki". Sebab itu Nina tak nak buat lelaki benci Nina. Kalau lelaki benci Nina, Nina tak tahu nak buat ape. Tapi kalo "perempuan" Nina tak kesah, sebab Nina dah dilatih untuk handle dengan perempuan.
Boleh ke Nina hidup tanpa lelaki? sebab sepanjang hidup Nina, lelaki la yang buat Nina rase gembira tapi diwaktu yang same dorang jugak lukakan hati Nina. Sebab sebelum ni pun Nina dah cuba untuk hidup tanpa lelaki, tapi tak boleh. Walaupun mase semester 1 dulu Nina tak pandang langsung lelaki sebab Nina dah ada seseorang dalam hati, tapi sayangnye dia terlalu sibuk dengan hal dia. Lagi satu dia jauh dan jumpe sekali je, simple to say Nina is not good with long distance relatioship. Tapi Nina masih lagi rindu and sayang dekat die, sebab die la sorang yang sabar layan Nina walaupun Nina selalu marah-marah dekat die. Cara Nina cakap ni macam rindu je dekat die? Memang!! Nina memang rindu dekat A-san!! Walaupun die tak hensem tapi hati die baik! And then Nina jumpe je orang yang Nina suka, mule-mule tak pandang langsung sebab kawan je kan. Tapi lama-lama die menarik perhatian Nina, tapi die lain... he is a cold heart person. Tapi Nina pun tak tahu macam mana Nina tertarik dekat die. But forget about him, he already reject me anyway... (v-v)
Then I meet a guy who I just meet, sama jugak perangai die. Cold heart person la jugak, tapi die jenis lain. Die nak avoid dari Nina sebab dia tak nak nanti Nina kecewa, kecewa? kecewa pasal apa? I don't care la. You are my friend and you already reject me so why I must disappointed with you? Walaupun Nina belum confess lagi, tapi Nina dah kene rijek. Macam mana tu? haha, nanti faham la tu... Tapi jangan la mengelak, lagi sakit hati Nina.lagi kecewa Nina dibuatnye!!!
Lepas Nina tengok satu anime ni, Nina perasan yang die ni suke dekat orang tu tapi orang tu sibuk dengan kerjaya die. Die sanggup tak fikir pasal kawin sebab kan die suke laki tu jadi ape yang die fikir ialah teruskan kerjaya die yang sedikit sebanyak membantu lelaki yang disayanginye itu... so in conclusion, Nina ingat it is best if you don't need a guy in life. wait till they come by itself, for the time being just focus on making your parent live a simple and happy life with you.
That's all, hope with this I can remind myself about me now being a anti-boys!! but for my friend it's an exception since they help me a lot in study.

Mungkin Ini Yang Terbaik

Sep 2, 2011
Posted by Nina Cherry

Sorry, Nina agak malas waktu ni... maafkan Nina ye semua... >.<'

Kad Raya untuk semua

Sep 1, 2011
Posted by Nina Cherry
Salam Ramadhan dear reader and blogger!
Sempena bulan ramadhan ni Nina byk sgt menghadapi dugaan, bukan sahaja menahan makan dan minum, tapi menahan nafsu jugak... ^_^ hehehe.
Ok2..
Sebenarnye dah lme Nina tak berblog ni sebab Nina malas sangat nak bukak blogger.com ni. Lagi satu Nina pening betul dengan masalah2 yang Nina hadapi ni. Bukan je dari segi study, tapi dari hati pun ade jugak. Sebab tu kebetulan Nina ada bace 1 buku motivasi ni. Nina nak share sikit dari sebahagiannya yang Nina rase memang patut orang tau.

Ni dia.... jeng2... 

Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan yang bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.
Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan - ia adalah sesuatu yang sudah tiada.
Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari kepada tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya, air susu ke puting susu haiwan, dan airmata kepada mata? Sesungguhnya maretapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan  anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dasyat dan menakutkan.
Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan, dan memporak-perandakan masa kini. Allah s.w.t sudah menceritakan tentang umat-umat yang lampau dan apa yang sudah mereka lakukan."ang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. idak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.

Okay, bagi sape yang dah pernah baca buku "Jangan Bersedih" mungkin anda perasan. Tapi Nina nak kongsi salah 1 nye bahagian sebab, ramai kawan2 Nina yang ada masalah dan masih dihantui dengan masa lalu (walopun dah bace buku ni tapi masih jugak bersedih) dan juga Nina yang masih dan sering dalanda kemurungan sebab tu Nina nak kongsi serba-sedikit ape yang Nina dah baca. harap dengan ini Nina dapat membantu semua reader Nina yang sekarang dilanda kesedihan...
Salam ramadhan semua.... (^.^ )/

Kembalikan kebahagiaan ku...

Aug 6, 2011
Posted by Nina Cherry

// Copyright © Sweet Sour Cherry Animob //Anime-Note//Powered by Blogger // Designed by Johanes Djogan //