Newest Post

Salam sayang to my readers... lama dah Nina tak update blog ni. Nina bukan apa, banyak sangat game kat facebook sampai Nina takde masa nak bukak akaun2 Nina yang lain...

Haa.. hari ni Nina nak post sesuatu, Nina sekarang dah semester 6 (kot ye pun rajin2 la sikit) tapi tabiat lama Nina masih je melekat. hehe malas la tu... Ok2. Apa yang Nina nak sampaikan sekarang ni ialah Nina ada join bisnes yang dipanggil MLM. Mungkin ramai yang anti-MLM ni, Nina pun dulu anti-MLM sebab kene tipu dengan kawan =[. Tapi nasib tak isi borang lagi hehehe. Tapi itu dulu, sekarang Nina lebih berhati2 memilih bisnes sekarang ni. Lagi2 MLM yang boleh wat orang cepat kaya ni. Ok2, Nina ada join 2 bisnes MLM.

2. Elken

Kedua2 bisnes ni Nina join n masih belum ada downline =[ (Sophie paris baru ada 1) Tapi apa yang Nina nak bagi tau, hati2 pilih bisnes MLM. Tengok duit yang kiye dapat bulan2 tu datang dari mana. Kalau MLM yang Nina buat ni duit tu datang dari point kita jual and beli produk dorang. Dan juga sebab kita ada downline la point kita akan berganda. Bukan duit datng sebab kita cari downline je tau... ada sesetengah tu jual webpage tapi macam takleh pakai je... kan??

Kalau Sophie Paris ni kite jual beg, wallet, purse, shoe, clothes, watches, dan macam2 lagi tapi dia fokus kepada fachion... Bagi Elken pula mereka jual barang2 kesihatan seperti penapis air bio-pure, DX, makanan organik, ubat2 kesihatan dan macam2 lagi.

Nina dah beli dan pakai produk dorg sendiri, and Nina selesa. Kite sebelum nak jual kat orang mesti la test sendiri dulu kan...? Itu prinsip Nina...

Sebagai 2 contoh, Nina sekarng pakai Elysyle Intimo = tuala wanita (barang Elken) Nina berani cakap ni pun sebab Nina sendiri dah rasa walaupun segan sebenarnye nak cite bende ni. Nina pakai tuala wanita dari elken mula2 mmg la sejuk n sedikit kuat bau herba dye. n x selesa sebab sejuk tadi kan tapi best la. Dah lama jugak la Nina pakai, and sekali tu stock nak habis ingat nak jimat la pakai la jenama Kotex. Nina rasa gatal and tak selesa. lagi satu Nina tak selesa sebab bau darah haid Nina yang tak dapat nak sorok kan dari orang ramai. Memang tak selesa!! Jadi Nina pun teruskan dengan memakai Intimo. Ada jugak 1 artikle dimana sebenarnya tuala wanita yang kita pakai selama ni adalah kitar semula. Nina percaya Intimo sebab dye bukan kitar semula. Dia bukan pakai kain tisu or polimer tapi dia pakai gel yang mengembang bila kena air. So rasa selamat bila pakai gel, dan juga ada kesihatan yang lain. Malas nak tulis lagi pasal Intimo ni ada masa Nina share lagi.
Nina pakai jugak barang2 Sophie paris... banyak beg Nina dari Sophie Paris ni. Dan setiap kali Nina bawak pergi kelas ramai yang cakap comel and lawa. Beg dia dibuat daripada kulit, harga pun takde la mahal sangat. Kire nye berpatutan la... Dan ada beg yang multifucntion... macam banyak poket tu...

Nina disini nak cakap kalau ada berminat diantara salah 1 bisnes dekat atas ni boleh la PM Nina ye...
Nina pun tengah mencari downline yang betul2 serius nak berbisnes dan menambah duit sampingan. Insyallah boleh berjaya bersama2.

P/s Nina masih baru lagi dan masih berusaha, apa yang Nina cerita semuanya benar belaka... ^_^

Dari Anti-MLM jadi seorang usahawan MLM

Dec 24, 2012
Posted by Nina Cherry
Tag :

Salam sayang to my readers,
lama sangat kan Nina x online? maklum lah, broadband ada kat buah hati.
Nina sendiri pun dah lama x online facebook, twitter, tumblr dan sejenis dengannya...
Nina lebih kepada main game. Hehe... =P
Hari ini Nina nak bercakap tentang nama samaran yang Nina letak dekat alam maya ini.
Bukannye apa, ade lecturer Nina ini cakap orang yang suka letak nama samaran ini sebenarnye orang yang x berani mencuba dan berhadapan dengan diri dia sendiri. Macam tu la bunyi dia.
Nina bukan nye ape... letak nama samaran tu bukan x berani dengan dunia maya. Tetapi cuba untuk menyembunyikan identiti Nina dari dijejaki oleh orang2 jahat yang boleh menipu kite sampai kita sedar x sedar sudah terperangkap dengan tipu helah mereka. Lagipun orang2 macam ini bahaya, sebab dalam dunia maya orang luar boleh sahaja menipu kita. So sebelum mereka menipu kita lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga. Jangan terlalu "open" dalam dunia maya. Seperti memberikan maklumat peribadi yang terlalu terperinci. Membuat "link" dengan keluarga kita. Silap hari bulan adik2 kita pulak yang jadi mangsa kena colek ke... dalam berita pun dah ada bukti. Mereka berjumpa lalu di colek.
Sekarang anda faham bukan kenapa Nina x suka nama sebenar dalam facebook. Apetah lagi facebook ini dipenggang oleh orang2 yahudi zeonist. Kalau boleh gambar jangan bagi yang senang untuk mereka "edit" ubah sikit gambar...
okay, itu sahaja dari Nina untuk "post" hari ini...
Salam sayang semua.... (^o^)/

Nama Samaran

Jun 16, 2012
Posted by Nina Cherry

Pernah kah kau merasa kegembiraan? Rasa sebenar-benar kegembiraan yang ada didunia ini. Aku sedang mencari perasaan tersebut. Aku tidak faham apa maksud kegembiraan yang sepatutnya ada pada seseorang tersebut. Aku mahu gembira. Tetapi kegembiraan aku hanya seketika sahaja.
Aku juga mahu tahu apa itu makna persahabatan. Adakah sahabat perlu ada bersama kita setiap masa? Ataupun sahabat adalah seseorang yang hanya ada untuk menemani kita dikala susah dan senang. Namun begitu, aku sendiri mungkin sudah salah menggunakan persahabatan ku. Aku merasa aku tidak pantas dijadikan sahabat. Kerana aku bukan la orang yang setia pada sahabat. Aku Cuma ada jika mereka memerlukan aku. Tetapi tidak setiap masa aku ada untuk mereka. Aku hanya seorang insane yang mementingkan diri sendiri.
Bagaimana pula dengan cinta? Apakah makna sebenar-benar cinta? Adakah cinta sifat member atau menerima? Adakah sifat cinta juga menerima segala kekurangan yang ada pada seseorang insan tersebut? Adakah cinta juga sifat yang kita perlu member kesemua masa yang kita ada untuk seseorang itu?
Bagiku, kegembiraan ku Cuma ada jika aku betul-betul menghargai seorang insan yg ku saying dengan sepenuh jiwa. Kegembiraan ku juga ada jika aku betul-betul berharga bagi mereka. Kegembiraan aku juga aka nada jika aku betul-beul berguna buat insan yang ku sayang.
Aku bukan la seorang teman yang setia berada disamping mu setiap masa. Aku juga mempunyai kelemahan dan juga kekurangan. Maafkan aku jika aku tidak dapat menjadi teman yang baik buatmu. Aku sedar bahawa aku hanya boleh menjadi setia kepada seorang teman sahaja. Maafkan aku jika aku melukai hatimu. Tetapi tidak setiap masa kita dapat menjaga hati teman kita. Aku tidak dapat menjadi teman sejatimu kerana aku sendiri tidak setia padamu. Andai aku benar-benar setia. Hargailah perasaanku. Niatku hanya ingin menolong, dan menolongku jika aku didalam kesusahan. Aku tidak mahu persahabatan kita terlalu erat sehinggakan kesilapan kecilku sudah menjadi masalah besar bagi kita.
Cinta, aku tahu cinta wujud disetiap hati makhluk. Tetapi aku insan yang baru belajar dan baru mengenal apa erti cinta. Memang pada setiap manusia, jika sekali kita merasa nikmat cinta. Kita tidak akan melepaskan cinta itu. Maafkan aku jika aku tidak sempurna bagimu. Aku cuba menerima kelemahanmu. Maafkan aku jika kerana cinta aku melupakan persahabatanku. Aku masih baru dalam dan masih kurang arif dalam mengendalikan kehidupanku. Aku hanya mahukan kehidupan yang biasa. Walaupun aku tahu, setiap manusia mempunyai cerita kehidupan sendiri. Tetapi aku masih belum dapat menjadi watak yang baik.
Jika aku ada salah, maafkan aku. Aku mempunyai terlalu banyak kelemahan dalam diriku ini. Aku hanya insan yang bergelar manusia biasa. Aku tidak dapat memberi kesenangan dalam hatimu seperti yang engkau harapkan. Maafkan aku.

Kegembiraan, Persahabatan, Cinta

May 31, 2012
Posted by Nina Cherry

// Copyright © Sweet Sour Cherry Animob //Anime-Note//Powered by Blogger // Designed by Johanes Djogan //