Newest Post

Archive for August 2011

Salam Ramadhan dear reader and blogger!
Sempena bulan ramadhan ni Nina byk sgt menghadapi dugaan, bukan sahaja menahan makan dan minum, tapi menahan nafsu jugak... ^_^ hehehe.
Ok2..
Sebenarnye dah lme Nina tak berblog ni sebab Nina malas sangat nak bukak blogger.com ni. Lagi satu Nina pening betul dengan masalah2 yang Nina hadapi ni. Bukan je dari segi study, tapi dari hati pun ade jugak. Sebab tu kebetulan Nina ada bace 1 buku motivasi ni. Nina nak share sikit dari sebahagiannya yang Nina rase memang patut orang tau.

Ni dia.... jeng2... 

Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan yang bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.
Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan - ia adalah sesuatu yang sudah tiada.
Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari kepada tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya, air susu ke puting susu haiwan, dan airmata kepada mata? Sesungguhnya maretapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan  anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dasyat dan menakutkan.
Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan, dan memporak-perandakan masa kini. Allah s.w.t sudah menceritakan tentang umat-umat yang lampau dan apa yang sudah mereka lakukan."ang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. idak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.

Okay, bagi sape yang dah pernah baca buku "Jangan Bersedih" mungkin anda perasan. Tapi Nina nak kongsi salah 1 nye bahagian sebab, ramai kawan2 Nina yang ada masalah dan masih dihantui dengan masa lalu (walopun dah bace buku ni tapi masih jugak bersedih) dan juga Nina yang masih dan sering dalanda kemurungan sebab tu Nina nak kongsi serba-sedikit ape yang Nina dah baca. harap dengan ini Nina dapat membantu semua reader Nina yang sekarang dilanda kesedihan...
Salam ramadhan semua.... (^.^ )/

Kembalikan kebahagiaan ku...

Aug 6, 2011
Posted by Nina Cherry

// Copyright © Sweet Sour Cherry Animob //Anime-Note//Powered by Blogger // Designed by Johanes Djogan //