Newest Post

Archive for 2013


Wahai kekasihku,
tersangat ku merindui dirimu. Meski pun hatimu sudah berpaling dariku, namun hati ini tidak pernah putus mencintai mu seorang.
Sayangku tidak pernah pupus meski banyak diantara kita sering terluka.
Kudapat merasakan dirimu sudah mulai menjauhi dariku, sedangkan aku setia kepadamu.
Sakit sekali rasa ini.
Terkadang ku tertanya, kenapa kau mencintai dia yang mencurangimu sedangkan aku senantiasa cuba untuk berdamping disisi mu tapi kau tidak menyukainya.
Kau cinta pertamaku, dan kuharap kau juga cinta terakhirku.
Aku inginkan sesuatu yang halal denganmu, namun apakan daya. Kau masih tidak mampu.
Aku akan setia menunggu, sehingga kau benar-benar bersedia.
Namun penantianku mungkin berakhir disini, seandainya egomu masih membeku.
Namun walaubagaimanapun jua, cintaku padamu masih utuh.
Kenapa kau mulai bosan denganku? Sedangkan aku cuba untuk membahagiakanmu, namun setiap langkahku selalu salah dimata mu.
Benarkah kau sudah mulai membenciku?
Begitu susah untuk aku menerima kenyataan ini setelah semua yang kita lalui bersama.
Mungkin aku bukan yang terbaik buatmu, tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik.
Allah telah menunjukkan padamu bahawa aku di dalam mimpi mu. masihkah kau ingat?
Mungkin aku tidak terbaik, mungkin sebab itu Allah menginginkanmu menjadi kompas ku  menuju ke jalan-Nya.

Rindu

Nov 10, 2013
Posted by Nina Cherry
Salam sayang readers semua.
Hari ni Nina sedih sangat, baby Nina ditimpa kemalangan.
Bukan "baby" bayi tu. Ni baby kereta Myvi Nina.
Calar yang terletak dekat tepi kiri kereta sangat la lawa sampai Nina menangis terharu melihat keindahan ciptaan manusia ini.

Sayang baby Nina sungguh-sungguh.
Baby Wiwyd ku sayang, lepas ni Nina janji takkan calarkan baby lagi. Nina akan lebih berhati-hati bawak baby nanti. Anak sulong kene la sayang betul-betul.

Dari lawa sparky mcm ni...


bertukar ke mcm ni..


Cedey sunggoh baby ku ini. Huhu...

Malang tak berbau

May 5, 2013
Posted by Nina Cherry

Salam sayang pembaca semua,
sudah lama Nina tak berceloteh dekat blog Nina ini kan?
Maaf la pembaca semua, sekarang ini Nina sudah pun bekerja, sudah genap 4 bulan Nina bekerja dibawah syarikat Accord Construction. Nina bekerja sebagai pembantu kerani (Admin Assistance), kebetulan pula ayah Nina pun bekerja di bawah 1 bumbung tetapi berlainan "site". Ayah Nina bekerja di site KL Sentral, manakala Nina bekerja di site Q City Mall. Bakal menjadi mall yang high class dan sangat mesra alam. (Nina tau sebab dah tengok "drawing" dye)

Tapi semenjak Nina bekerja masalah Nina dengan "Buah Hati" Nina makin bermasalah.
Nina tak tau la samada Nina punca atau dia yang menjadi masalah sekarang ni. Tapi ikut firasat Nina, memang Nina yang bersalah dalam hal ni. 
Kenapa Nina mengaku? Sebab Nina tak memahami dia, Nina terlalu emotional sangat sampai kan Nina fikir yang bukan-bukan dan tuduh dia yang bukan-bukan, plan sesuatu yang sangat mengada-ngada. Nina tak berniat nak menjauh dari dia, tapi Nina terluka sebab banyak sangat mesej Nina yang dia tak balas. Nina sunyi, bila Nina terkena masalah Nina nak cerita dekat dia tapi malangnya tak kena waktu. Nina mesej masa dia kerja, tapi serius Nina tak tau pun dia dah bekerja!! Dia tak bagi tau yang dia dah diterima kerja, sekurang-kurangnya Nina dapat la celebrate atau bagi hadiah sesuatu untuk dia. Nina sedih sebab dia tak bagi tau Nina benda yang sangat penting macam ni. Nina sedih sebab Nina macam tak penting untuk tau sesuatu tentang perkembangan dia. Tapi Nina tak tau, yang dia buat macam ni sebab dia dah sibuk dengan hal lain.
Nina sunyi sebab banyak mesej Nina dia tak balas, Nina ingat dengan buat keputusan untuk bersendirian dan tak mesej dia biar dia pulak rindu Nina dan mesej Nina dulu, sambil-sambil tu Nina nak belajar untuk jadi pempuan idaman dia dengan belajar memasak (Nina tau sikit2 je, tak banyak pun) mengemas, mengaji (jujur Nina masih gagap2 bab ngaji) dan apa yang sepatutnya isteri idaman semua lelaki soleh. Nina banyak kekurangannya sebab tau Nina buat keputusan macam tu, tapi kesunyian dari suara dia dan mesej dia membuatkan Nina jadi terseksa. lagi-lagi bila tengok dia online facebook dia selalu like-like status orang comment status orang, sedangkan status nina dibiar sepi, langsung tak chat dengan Nina!! Nina cemburu sangat tau tak?! Nina jadi terfikir bukan-bukan yang dia dah ada orang lain sebab hampir 1 bulan kita tak berjumpa tak bermesej macam dulu.
Tapi apa yang Nina tak tau yang dia sebenarnya penat kerja cari duit untuk kita cepat kahwin. Sebab Nina yang paksa dan push dia untuk cari duit. Nina tak tau yang dia pun rindukan Nina, Nina tak tau yang dia banyakkan OT semata-mata nak cari duit banyak sampai kena marah dengan bos dia. Nina tak tau semua tu  sampai la sekarang, Nina bergaduh dengan dia baru la Nina tau semua isi hati dia.
Awak, Nina mintak maaf sangat-sangat. Nina hadiahkan sweater untuk awak pakai masa kerja dan OT awak nanti. Biar tak sejuk, dan awak kekal hangat walaupun tak ada saya disisi awak. Nina tetap sayangkan awak walaupun Nina cakap benci banyak kali, itu sebab Nina rindukan sangat dekat Awak.

Maafkan Saya...

May 2, 2013
Posted by Nina Cherry

// Copyright © Sweet Sour Cherry Animob //Anime-Note//Powered by Blogger // Designed by Johanes Djogan //