Newest Post

// Posted by :Nina Cherry // On :Jun 4, 2011


Salam sayang to my readers,
korang semua mesti pelik kan kenape entry Nina tuk kali ni dalam perasaan marah?
Good question...
Nak tau? 
Macam nie ceritenye.
Pada hari jumaat yang indah Nina dan Kak Ina (Kakak Bilik) Sedang keluar ke JPM dan BPM. Sebab ape? Sebab nak uruskan Kokurikulum Nina dan Kak Ina punye la. Dari pagi sampai la ke petang Nina berjalan je...! Memang banyak berjalan la semalam. Then, lepas maghrib Nina dan Kak Ina bersiap-siap nak pergi rumah Kak Farah. Sape pelajar KUIS tak kenal Kak Farah? Kak Farah adalah pengerusi untuk PMFSTM. Kak Farah juga bekas penghuni P10-604-B-B1. Hahaha... detail giler! In conclusion Nina kenal Kak Farah sebab 1 Fakulti and apartment dengan Nina. Okey2... sambung balik cerita.
Nina dan Kak Ina pergi rumah Kak Farah sebab Kakak Kak Farah nak kahwin... bukan "nak" dah, memang "dah" kahwin. Sebab semalam Nina datang Kak Ayu dah Akad Nikah... hehehe... romantik gile. tema pun memang grand la!! Seriusly Nina nak nangis tengok Kak Ayu, sebab sambil2 tu Nina tengah bayangkan kalo Nina yang kahwin. Mesti sedih mak and ayah Nina, terpaksa lepaskan Nina ke tangan lelaki lain.
PAP!!!
Peha Nina kene pukul dengan Kak Ina, sebab menggedik berangan nak kawin. Hahaha... okey... pukul 10 malam gerak balik KUIS. Yelah! Gate tutup pukul 11. kene la balik. Sebelum balik tu singgah dulu kat kedai vista. Sebab dahaga... tak sempat minum dekat rumah Kak Farah. Dah sampai apartment dah, minum milo ais. lega je... penat sangat2. Time nak tido tu... ada announcement. Suruh keluar apartment, cakap ada laki menyamar sebagai perempuan masuk BOT Siswi!!! WHAT?!!!! Lepas tu ada pulak siswi2 dok mengejar, lepas tu ade pulak siswa yang nak masuk kawasan siswi. Ingat nak kejar penceroboh tu la. mengejar ape? Penceroboh tu ke? tapi tak macam penceroboh tu pon. Last2 semua siswi kene berkumpul kat tempat parking yang dekat tengah tu. Nina dengan kak Ina dah la ngantok and campur pening! KURANG AJAR LA PENCEROBOH TU!!! Lepas tu Kak Fesi cakap yang penceroboh tu kat P10 aras 6. Area apartment Nina!!! Kak Ina kene panggil bagi membantu Ustz. Imran. Dah lame2 tu... pukul 1:30 baru Nina dapat balik bilik. Ngantok, kawan Nina mesej siswa, dia join tolong tangkap penceroboh tu. cakap yang penceroboh tu kat 1st Cafe. kesian dia, tak tido malam sebab nak menangkap penceroboh tu. Nina semalam tido dekat dalam bilik Kak Ina. Pukul 2 baru dapat lelap. lepas tu pagi tadi bising2 suara lelaki kat area perempuan. Nina pun bangun la. Rupanya tak dapat ditangkap lagi. Kak Ina pulak keluar pergi date dengan tunang dia. Tinggal Nina seorang dekat apartment ni. Sebabkan nak berjaga-jaga, Nina letak sofa dekat belakang pintu utama. Kunci semua bilik termasuk bilik Nina. Nina pelak dekat bilik Kak Ina sekarang ni. Sambil on9 Facebook dan mengupdate blog... tu la cerita nya kenapa Nina punya entry macam itu... ngantok lagi ni. tapi baru je tadi ade bunyi bising kat depan rumah Nina. Risau betul la.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

// Copyright © Sweet Sour Cherry Animob //Anime-Note//Powered by Blogger // Designed by Johanes Djogan //