Newest Post

// Posted by :Nina Cherry // On :Jul 4, 2009

Terdapat sebuah negara yang begitu meriah apabila menyambut hari pembukaan Istana baru yang dinamakan negara Incontvant, di situ rakyat jelata amat gembira untuk menantikan pelantikan raja baru yang bakal memimpin mereka ke arah kecermelangan.

Negara tersebut telah pun mempunyai seorang permaisuri yang teramat tinggi ilmunya. Permaisuri tersebut mempunyai seorang putera dan empat puteri yang telah melindungi negara tersebut. Anak pertama adalah Puteri Udara tetapi utk dijadikan sebagai pemimpin Puteri Udara terlalu lembut, anak kedua ialah Puteri Tanah yang sudah semestinyaa beliau tidak mahu masuk campur tentang urusan memimpin. Anak ketiga ialah Putera Pedang yang suka berfoya-foya, kerana pangkat dan kecantikan yang dimiliki. Puteri Api anak keempat, beliau tidak disukai oleh rakyatnya kerana beliau memiliki kuasa api, tetapi keceriaan yang dimiliki dan lemah lembut yang beliau paling gemari membuatkan beliau mempunyai ramai teman dari negara lain. Puteri Air adalah yang anak permaisuri yang terakhir, beliau suka bersendirian dan memiliki personality yang sejuk seperti salji.

Kelima-lima puteri dan putera tersebut telah dipilih oleh permaisuri untuk menentukan mahkota yang perlu diambil oleh mereka. Permaisuri telah memutuskan untuk melantik Puteri Tanah sebagai penjaga kebersihan di negara tersebut, Puteri Udara menjadi pengutip cukai. Puteri Air sebagai setiausaha dan Putera Pedang sebagai Pembantu serta pewaris kedua dalam Putera mahkota. Puteri Api pula telah menjadi Puteri Mahkota yang bakal mengganti takhta selepas kemangkatan Permaisuri.

Namun begitu, rakyat tidak berpuas hati dan mahukan putera pedang menjadi pewaris mahkota pertama selepas kemangkatan permaisuri. Puteri Air pula memiliki terlalu banyak kerja kerana menguruskan dokumentari permaisuri dan hal ehwan negara Incontvant. Puteri air cemburu akan puteri api, kerana status mereka amat berbeza.

Pada suatu ketika, Puteri Api sedang bermain dengan rakan-rakannya berstatus putera dan puteri dari luar negara. Puteri Air mengambil tugas Puteri Api dan ia membuatkan rakyat jelata berfikiran bahawa puteri mahkota yang sepatutnya diturunkan adalah Puteri Air. Lalu permaisuri meletakkan jawatan Puteri Air sebagai Puteri Mahkota, manakala Puteri Api sebagai setiausaha kerajaan. Puteri api tidak membantah puteri air teramat gembira mendengar keputusan permaisuri tersebut. puteri udara, puteri tanah dan putera pedang tidak berpuas hati tentang hal tersebut. Puteri Air terlalu semangat akan kerja yang diberikan permaisuri tersebut, sehinggakan dia lalai akan tugas sebagai seorang puteri mahkota.

Masa telah berlalu, puteri air semakin penat akan kerja sebagai puteri mahkota. Kerana tugasnya lebih berat dari setiausaha, lalu pada hari penyerahan mahkota kepada puteri mahkota telah pun tiba. Puteri air ingin membantah dan mahu tukar kepada tugas yang sebelumnya tetapi takut permaisuri akan murka. Lalu di saat permaisuri hendak menyerahkan mahkotanya, puteri tanah, puteri udara dan putera pedang bersuara dan memberitahu perbuatan yang telah dilakukan oleh puteri air kepada puteri api. Lalu permaisuri melucutkan status puteri air, dan memberitahu bahawa permaisuri telah mengetahui kesemua hal tersebut dan telah memberitahu hal itu kepada puteri api, tetapi malangnya puteri api sudah ditunangkan kepada putera mahkota dari negera lain. Lalu mahu melantik puteri air sebagai pewaris seterusnya, tetapi puteri air menolak hal tersebut. permaisuri lalu mengumumkan bahawa putera pedang akan menjadi Raja yang seterusnya kepada negara Incontvant. Dan mereka hidup aman dan bahagia.

*Ini cerita semata-mata, tiada yang berkaitan antara yang hidup dan mati.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

// Copyright © Sweet Sour Cherry Animob //Anime-Note//Powered by Blogger // Designed by Johanes Djogan //